suria

Netizen kagum vokal Vida makin baik, rasa emosi sampai keluar air mata… MV Ku Ikhlaskan telan belanja RM400,000

DSV sasar tiga juta tontonan sehari.

SELEPAS 10 jam tertangguh, muzik video lagu baharu usahawan kontroversi Datuk Seri Vida berjudul Ku Ikhlaskan akhirnya dilancarkan pada pukul 3 pagi Isnin.

Berdepan dengan masalah teknikal, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, bersyukur dan terharu dengan sambutan orang ramai terhadap lagunya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida seperti ‘makan cili rasa pedas’ tonton MV lagu Iqbal, tuduh lapar publisiti - “Semuanya temberang, plot twist kalah cerita Tamil”

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal tak sabar tengok drama Vida dengan PA baharu, sikit pun tak jealous! Tapi teringat dulu dapat gaji RM1,200

“Sepatutnya lancar pukul 5 petang semalam tapi ada masalah teknikal.

“Setelah sekian lama menunggu akhirnya saya lancar pukul 3 pagi. Saya terharu dengan sambutan, ramai yang ikhlas beri komen.

“Saya tak pernah terima kata-kata seindah ini, saya seperti terima kasih sayang daripada semula,” ujarnya.

DSV3

Salah satu babak dalam MV Ku Ikhlaskan.

Muzik video Ku Ikhlaskan meraih perhatian ramai apabila Vida tampil dengan lapan kostum yang unik dengan solekan artistik.

Menerusi MV lagu ciptaan Amy Ukays dan Vida ini turut menampilkan pembantu peribadinya Qush sebagai hero.

Menurut Vida kos lagu dan MV tersebut menelan belanja RM400,000 dan penggambaran selama lima hari dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highland.

Ini adalah usaha saya untuk kumpul dana pusat tahfiz saya dan saham akhirat.

VIDA

Usahawan kosmetik

Vida juga mengharapkan MV tersebut mendapat tiga juta tontonan dalam tempoh sehari.

Berkongsi lanjut tentang MV ini, kata Vida, ia bukan sekadar kisah peribadi tapi juga sarat dengan emosi yang pernah dialaminya.

“Keperitan, kecaman bertubi-tubi saya hadapi, sekecil perkara diambil kira, sebesar hama ditimbang tara.

“Apa yang saya paparkan ini duka lara yang saya sendiri alami,” ujarnya.

Katanya, ia juga adalah usaha dia untuk mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah miliknya untuk saham akhirat.

“Ini adalah usaha saya untuk kumpul dana pusat tahfiz saya dan saham akhirat, juga akan disalurkan kepada yang memerlukan apatah lagi kita menghampiri Ramadan,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji MV video berkenaan yang mengakui terhibur dengan konsep yang ditampilkan Vida.

DSV2

Peminat puli vokal Vida.

Menurut mereka, watak yang ditampilkan sesuai dengan karakter sebenar Vida dan vokal yang semakin baik.

“Tahniah Datuk, konsep futuristik dan tak sangka memang menarik, saya suka tengok, macam tengok filem Alice In Wonderland.

“Kali ini memang best sesuai dengan karakter. Maybe ada yang tersirat di sebalik lirik, vokal pun semakin baik dan memainkan emosi tu dengan baik.

“Aku rasa MV dia mantap dan interesting. Saya faham situasi yang datuk alami... sampai keluar air mata,” ujar netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Vida, Ku Ikhlaskan, lagu baru Vida, DSV,

Artikel Lain