suria

Ruhainies kenal peribadi Zul Ariffin, layan baik semua orang… Harap permohonan maaf isu video panas diterima

Menurut Ruhainies, Zul bukanlah seperti yang digambarkan ramai orang.

SUSULAN babak panas Zul Ariffin yang tular baru-baru ini, pelakon Ruhainies menyifatkan permohonan maaf daripada aktor tersebut merupakan jalan terbaik untuk menjernihkan keadaan.

Sebagai rakan selebriti yang rapat, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata Zul seorang pelakon profesional dan sudah pasti dia mendapat pengajaran daripada isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin mohon maaf kongsi video aksi ghairah, janji teliti bahan promosi sebelum ‘upload’

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu mesra dengan hero, Ruhainies hanya ikut skrip... Masih tahu jaga batas, tak melebih-lebih

“Sebagai antara rakan artis yang rapat, saya tak mahu komen lebih-lebih. Sebab bimbang nanti ia akan disalahertikan. Cuma tidak dinafikan, saya antara yang ditanya media dan peminat mengenai isu berkenaan.

“Apa pun, orang di luar sana boleh bercakap macam-macam. Siapa yang mengenali Zul secara dekat, pasti tahu dia bagaimana orangnya. Di luar set (lakonan) dia bukanlah seperti apa yang digambarkan sesetengah pihak.

ruhainies 22

Ruhainies mohon peminat maatkan Zul

“Dia juga sahabat yang sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang lakonan. Dia juga melayan baik semua orang. Jadi, ini pun salah satu sebab saya senang berkawan dengan Zul,” katanya.

Pada Isnin, Zul Ariffin akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram selepas teruk dikecam gara-gara membangkitkan kemarahan ramai dengan klip aksi panas.

Zul, 35, berkata, dia akan lebih berhati-hati memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk tujuan promosi.

Dalam pada itu, Ruhainies beranggapan bahawa tidak adil sekiranya hanya menuding kesilapan kepada satu pihak saja.

Cuma setiap manusia pasti tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Harap semua dapat memaafkan dia.

RUHAINIES

PELAKON

Bagaimanapun, Ruhaines menegaskan dia tidak bermaksud untuk pertahankan aktor tersebut kerana apa yang berlaku tetap satu kesalahan.

“Zul sendiri sudah pun memohon maaf atas apa yang berlaku. Bukan bermaksud nak ‘back up’ kerana yang salah tetap salah. Cuma setiap manusia pasti tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Harap semua dapat memaafkan dia.

“Saya percaya, Zul akan lebih berhati-hati dan fikir panjang untuk menerima mana-mana tawaran selepas ini. Lebih baik untuk kita sebarkan apa yang positif dan ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku,” katanya lagi.

Hubungan Ruhainies dan Zul dilihat semakin rapat selepas bergandingan menerusi drama bersiri berjudul Wifi Sebelah Rumah yang bersiaran di Disney+ HotStar dan Akasia di TV3 pada Jun tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain