suria

Pelakon ada hak tolak watak melampau! Along Kamaluddin anggap babak panas Zul Ariffin aibkan industri seni

Along komen mengenai isu babak aksi panas Zul Ariffin yang tular.

JELEK! Itulah reaksi pengarah dan penerbit Along Kamaluddin apabila menonton klip aksi panas pelakon Zul Ariffin yang tular baru-baru ini.

Kecewa dengan tindakan Zul melakonkan aksi tersebut, Along berkata sebagai seorang pelakon sepatutnya bijak memilih babak yang bersesuaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin mohon maaf kongsi video aksi ghairah, janji teliti bahan promosi sebelum ‘upload’

ARTIKEL BERKAITAN: Babak panas Zul Ariffin mungkin tak tayang di TV, hanya untuk publisiti... Pengarah minta henti kecam Erma Fatima

"Rasa jelek dan kecewa... kenapa perlu sebar ke seluruh rakyat Malaysia? Mana jati diri sebagai orang Melayu? Maaf saya katakan, saya kecewa dengan artis itu.

Along 1

Zul tampil mohon maaf selepas dikecam gara-gara video aksi panas.

"Kenapa mesti lakonkan babak itu? Walaupun dengan alasan mengikut arahan pengarah. Kena fikir dengan bijak dan boleh saja tolak untuk babak itu.

"Bagi saya, ia satu benda yang terlalu aib untuk industri," kata Along kepada mStar pada Isnin di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya.

Along ditemui ketika majlis Tayangan Perdana program-program Ramadan Awesome TV dan kolabarasi amal tanggungjawab sosial korporat bersama Koperasi Amanah Pelaburan Berhad.

Pada Isnin, Zul akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram selepas teruk dikecam gara-gara membangkitkan kemarahan ramai dengan klip aksi panas.

Zul, 35, berkata, dia akan lebih berhati-hati memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk tujuan promosi.

Kita ada batas orang Islam dan adat Melayu, tak perlu ikut orang barat.

ALONG KAMALUDDIN

PENGARAH

Sebelum ini, pengarah drama Perempuan Itu iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.

Malah, Ain berkata rakaman tersebut juga akan digunakan untuk tujuan promosi sekiranya ia bersesuaian.

Dalam pada itu, Along menganggap teknik promosi itu tidak sepatutnya digunakan oleh mana-mana pengarah biarpun dengan niat mahu menarik perhatian penonton.

"Saya rasa dia pengarah baru... kalau pengarah lama takkan buat sebab akan fikir dua tiga kali apa kesan yang akan terjadi selepas itu.

"Bagi saya, memang tak patut babak itu dilakukan. Kita tak perlu nak buat highlight cerita kita untuk orang tonton dengan klip sebegitu.

Along 2

Along berharap tiada gimik atau publisiti murahan untuk promosikan drama.

"Kita ada batas orang Islam dan adat Melayu, tak perlu ikut orang barat. Trend gimik atau publisiti drama ini bagi saya, mereka ini mempunyai IQ yang cetek

"Tak semestinya, kita nak promosi cerita untuk penonton tonton drama, kita buat benda bukan-bukan... banyak lagi cara yang lebih baik," ujarnya.

Sementara itu, Along memberitahu tindakan pengarah drama tersebut juga telah merosakkan imej pengarah lain.

Menurut Along, dia akan berasa malu dengan keluarga dan industri sekiranya meletakkan dirinya di tempat pengarah tersebut.

"Saya dapat tahu pun bila kawan-kawan sekolah hubungi, marah-marah. Bila jadi macam ini, dia telah merosakkan dan mencemarkan imej pengarah lain juga.

"Kalau saya di tempat pengarah itu, saya akan malu dengan keluarga saya... malu pada industri," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain