suria

Vida sibuk komen peserta Big Stage, Sherry Alhadad takut jadi biadab ketika ‘live’, serba salah nak sekat komen panjang

DEBARAN kian terasa menjelang final Big Stage 2022 pada Ahad ini.

Bagi Sherry Alhadad, walaupun tugasnya sebagai pengacara tidak begitu sukar, namun kemunculan Datuk Seri Vida selaku Presiden Netizen sedikit sebanyak menguji kemampuannya.

“Dia ada pendapat sendiri, jadi saya dan Alif Satar cuba untuk pendekkan ulasan dia kerana penerbit dah bising.

”Tapi inilah tugas kami, uji bagaimana kita nak mencelah. Takkan pula nak potong dia sedang bercakap, nanti nampak biadab pula,” katanya kepada mStar.

Sherry atau Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 38, ditemui pada majlis Woman of Excellence Awards 2021/2022 yang berlangsung pada Khamis malam.

Pada majlis berkenaan Sherry menerima anugerah Most Versatile TV Host & Presenter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi