suria

Afieq Shazwan alami tekanan darah rendah, jatuh pengsan semasa sahur… Muka cedera terhentak objek keras

PENYANYI Afieq Shazwan berkongsi detik mencemaskan apabila dia jatuh pengsan semasa bersahur di kediamannya baru-baru ini.

Cerita Afieq, sebelum kejadian dia berasa tidak sedap badan hinggalah tiba-tiba pitam dan rebah.

"Semasa itu saya dah mula dah rasa macam nak pitam. Saya sempat makan sikit semasa sahur itu, entah macam mana masa bangun itu saya jadi tak stabil dan terus tak sedar diri beberapa saat.

"Muka saya ada sedikit luka kerana terkena objek keras... memang penuh darah masa itu, tapi saya tak pergi klinik, hanya rawat sendiri di rumah.

"Kemungkinan besar sebab saya ada tekanan darah rendah! Selepas ini saya akan lebih menitikberatkan soal pengambilan makanan," katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi