suria

Khai Bahar tiada ‘gap’ dengan peminat, layan baik cara hargai sokongan… Akui bukan mudah kekal kemenangan

PENYANYI Khai Bahar akui terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang kategori utama Top Top Meletop (Lelaki) dalam Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Selain membawa pulang trofi kategori utama, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 28, turut memenangi Anugerah Penyanyi Meletop.

“Syukur ini adalah atas sokongan peminat. Mereka yang banyak mengundi saya untuk menang anugerah ini.

“Kita kena sentiasa menghargai pemberian orang dan peminat, tak tahu macam mana nak balas jasa mereka.

“Saya tak menjauhkan diri dengan peminat dan memang rapat,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi