suria

Aishah selesa hidup tanpa suami, tak mahu bermusuh selepas cerai… Cara pujuk hati pergi ‘shopping’

SAH bercerai pada Disember tahun lalu, penyanyi Datuk Aishah berkata dia kini lebih selesa hidup solo bersama anak-anak.

Aishah bagaimanapun berkata dia tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya ada jodoh untuk dia berkahwin lagi.

"Buat masa ini saya lebih selesa memilih untuk bersendirian, belum ada lagi yang cuba dekat. Kalau VIP ada dekat saya akan menjauh.

"Kita tak tahu jodoh dan ajal di tangan tuhan. Sekarang kata tak nak tapi nanti tiba-tiba ada pula.

"Kuasa Allah tu boleh buat hati kita berbolak-balik, itu kita tak tahu," katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi