suria

Abang gembira tengok Yasin makin positif, cuma bimbang kesihatan mental

ABANG kepada penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman mengakui sedikit bimbang mengenai kesihatan mental adiknya sepanjang berada dalam tahanan.

Zain bagaimanapun berkata dia gembira apabila melihat keadaan Yasin semakin baik terutama ketika ditemui semasa sebutan kes di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

"Alhamdulillah tadi Yasin nampak positif dan stabil. Semalam dia pun dah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk dapatkan rawatan.

"Kita nak pastikan keadaan kesihatan dia terus terjaga, itu yang menjadi kebimbangan kami sekeluarga,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zain turut memaklumkan Yasin sentiasa menghubungi anak-anak bagi bertanya khabar.

"Dia sentiasa berhubung dengan dua orang anak dia... setiap minggu dia akan call anak dia dan anak dia setia menunggu panggilan Yasin.

“Mereka rindu! Yasin juga sering berjanji akan pulang ke rumah tidak lama lagi.... InsyaAllah," ujarnya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi