suria

Belum pulih penyakit misteri, pasangan influencer trauma kena sihir… Tak patah semangat mahu terus berbuat baik

USAHAWAN dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad memberitahu isterinya iaitu Syafiqah Aina masih belum pulih daripada gangguan dan penyakit misteri yang ditujukan kepada mereka sejak tahun lalu.

Masih lagi mendapatkan rawatan Islam, Hafiz memberitahu dia dan isteri tabah menempuh ujian tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

"Sebagai suami apabila melihat Aina terkena penyakit misteri, memang saya marah dan geram. Tapi ia buat kami sedar, setiap perbuatan tak perlu dibalas begitu, sebaliknya kami perlu usaha dan buktikan kepada mereka yang kami boleh menjadi lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri masuk hospital, Instafamous tak tidur malam selepas dengar pengumuman raya... kalut siapkan semua

"Biarpun belum pulih sepenuhnya tapi kami kuat. Allah ada dan kami kena terus berjuang. Saya bukan nak mencabar atau merendahkan mereka, namun saya nak tunjukkan, Allah berkuasa. Buatlah macam mana pun saya tetap akan sebarkan kebaikan.

"Kenapa perlu kacau kami sampai begini. Apapun yang mereka buat kami tidak akan membalas kembali. Sakit itu biarlah kami yang simpan tapi dalam realiti kami sangat gembira," katanya ketika ditemui pada majlis Ainaa Beauty Annual Gala Dinner di Marriot Putrajaya, baru-baru ini

Dalam majlis yang diadakan sempena ulang tahun kelima Ainaa Beauty itu, pasangan ini meraikan kerja keras usahawannya sepanjang tahun 2021 dengan pelbagai hadiah lumayan termasuklah kereta, telefon bimbit dan beberapa set perhiasan emas.

Selain itu, produk kecantikan itu turut memperkenalkan wajah baharu rangkaian produknya dengan reka bentuk botol yang lebih moden dan inovatif.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi