14 tahun mendirikan rumah tangga dengan lelaki lebih muda, pelakon veteran Rosnah Mat Aris memberitahu dia dan suami iaituTajul Efendie Isa bahagia melayari alam perkahwinan.
Meskipun berbeza usia 26 tahun, Rosnah atau lebih mesra disapa Kak Ros berkata dia menghormati suaminya itu dan menyedari status sebagai seorang isteri.
“Saya kadang-kadang terfikir saya kahwin dengan orang muda ke atau orang tua.
“Sebab cara dia berfikir dan layan saya macam dah berusia, matang.
“Kami bertahan sehingga sekarang sebab saya percaya tiga benda iaitu jujur, ikhlas, amanah,” katanya kepada mStar.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI