suria

Meriah raya Raja Afiq tahun ini dapat jumpa saudara mara… Tak stres ditanya fasal zuriat

SERING KALI diajukan soalan tentang cahaya mata, pelakon Raja Afiq tidak pernah rasa tertekan dengan soalan tersebut.

Ujar Afiq, soal anak dia hanya berserah kepada Allah dan menerima rezeki itu dengan hatu terbuka.

"Kalau orang tanya fasal anak. Saya akan jawab la, belum ada rezeki lagi. Kita pun kahwin masa PKP, lockdown.

"Jadi tak sempat nak pergi honey moon. Kalau Allah tak bagi lagi cahaya mata kepada saya mungkin ada hikmah la.

"Saya tak pernah pun rasa stress dengan soalan macam tu. Saya cakap saja belum ada rezeki,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Raja Afiq berkahwin dengan isterinya Soffwany Yusoff pada 19 September 2020.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi