suria

Ben Amir teruja beraya dengan keluarga di kampung selepas 2 tahun seorang diri… Dah siap sedia jawapan jika ditanya tentang kahwin

PELAKON Ben Amir gembira untuk menyambut bulan Syawal pada tahun ini selepas dua tahun meraikan sendirian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Kata Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 32, dia sudah bersedia untuk menjawab segala soalan berkaitan jodoh apabila pulang beraya di kampung halaman di Perak.

“Dah siap sedia skrip dah, dah tahu dah jawapan dia sama saja.

“Biasalah tu sebenarnya orang-orang tua nak start conversationkan, for me itu tiada masalah kalau ada orang tanya Ben bila nak kahwin ke apa,

“Sebab saya pun tak tahu bila nak kahwin... memang jujur tak tahu,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Ben bakal membintangi supertele berjudul Rebel arahan Datuk Awie.

Supertele ini dijangka bakal memulakan penggambaran selepas Aidilfitri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi