suria

Bintang TikTok, Puteri Sari cuba nasib jadi penyanyi… Abaikan netizen toksik sibuk kecam fasal imej seksi, buka tudung

PENYANYI Puteri Sari mengakui pernah berasa tertekan dan kurang percaya diri apabila menerima kecaman netizen di sosial media.

Kata Sari, 21, ramai yang menegur tentang penampilan terkininya, namun dia enggan mengulas lanjut berhubung perubahan imej tersebut.

“Di aplikasi Tiktok ramai orang kecam tapi bila dah masuk industri seni ni saya kena matang la sikit.

“Saya akan ubah untuk jadi lebih berani, mesra dengan semua orang.

“Untuk mereka yang kecam saya, saya tak tahu nak cakap macam mana... tapi kalau yang toksik tu saya abaikan saya,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi