suria

Ramai kawan dah ada rambut, Tomok tunggu terbuka hati buat ‘style’ belah tengah semula

HAMPIR sembilan tahun tampil dengan imej botak, penyanyi Tomok berkata dia kini selesa dengan penampilan tersebut.

Kata Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 38, dia terpaksa membotakkan kepala kerana rambutnya semakin berkurangan disebabkan faktor keturunan.

“Rambut saya ini sebenarnya semakin berkurang, dah tak boleh nak sorokkan jadi saya botakkan sahajalah.

“Keturunan adalah salah satu faktor sebab arwah ayah pun memang tak ada rambut.

“Alhamdulillah peminat pun okay imej begini kerana mereka menghargai bakat saya.

“Kadang-kadang rasa nak ada rambut semula tapi saya takut nak tanam rambut, takut jarum... tunggulah kalau tiba-tiba nanti saya terbuka hati nak buat rambut tengah semula,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi