suria

Pakai t-shirt dan selipar pun jadi hal, Fizz Fairuz tiada masalah penampilan Almy... Tak perlu menunjuk-nunjuk kaya

SELEPAS dua tahun ‘terkurung’ kerana pandemik, Datuk Fizz Fairuz memberitahu tahun ini dia dan keluarga bersemangat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Cerita Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, dia juga berbangga apabila anak sulungnya mampu berpuasa penuh pada usia tujuh tahun.

“Saya berbangga pada tahun ni anak sulung saya Noor Afrina Ariana tujuh tahun sudah berjaya berpuasa.

“Raya ni saya rasa cukup bermakna bila anak sulung saya berpuasa penuh Alhamdulillah, itu yang kata orang tu tahun ni kita mesti raya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Fizz yang ditemui semasa Perlawanan Badminton Amal di Dewan Seri Kenangan Kastam, Kuala Lumpur berkata isterinya iaitu Datin Almy Nadia banyak memberi mendidik anak- anak untuk belajar berpuasa.

”Kalau nak ikutkan, Datin yang banyak berikan didikan dorongan untuk anak berpuasa, mereka tahu kalau tak berpuasa berdosa,” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi