suria

Lima tahun berkahwin, Haziq Husni teringin balik raya kampung isteri di Medan, Indonesia

LIMA tahun berkahwin dengan isterinya Ayunda Putri, penyampai radio Hot FM Haziq Husni teringin menyambut Ramadan Syawal di kampung halaman isteri di Medan, Indonesia.

Ujar Haziq, walaupun sudah dibenarkan untuk ke luar negara namun keadaan kesihatan anak-anak dan isteri yang baru sahaja sembuh dari Covid-19 menjadi keutamaan.

“Saya kalau boleh nak sangat balik kampung isteri selepas lima tahun kami berkahwin untuk sambut Ramadan dan raya di sana.

“Tapi anak-anak saya pula positif Covid-19 dan masih ada simptom long Covid so agak bahaya.

“Saya beruntung juga la sebab keluarga semua tinggal di KL, Alhamdulillah akan selalu bersama family di sini,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi