PEGUAM Nurul Hafidzah Hassan menganggap pelakon Nabila Huda dan pengacara Awal Ashaari bersifat kebudak-budakan apabila melabelnya gila glamor selepas dia menjadi tular berikutan membela Siti Bainun dalam kes penderaan kanak-kanak sindrom down, Bella. Nurul Hafidzah berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dan dua orang pelakon, jika ingin melahirkan rasa tidak puas hati, seharusnya marah kepada orang yang menyaman mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam bagai tiada hari esok, peguam Siti Bainun tak ‘koyak’... Beri penjelasan video menari sakan di TikTok ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda dituntut bayar RM900,000 serta mohon maaf, aktivis tanggung malu gara-gara dituduh rembat barang mangsa banjir "Saya rasa perkara tu (apa dibuat Nabila dan Awal) sangat picisan, benda tu tidak dapat membuat sesuatu perdebatan secara fakta. Sebenarnya bagi saya ia agak lucu sebab saya rasa macam kiddish begitu. "Apa yang saya lakukan seperti hantar surat tuntutan saman semua itu ialah proses biasa untuk membawa sesebuah kes ke mahkamah. "Mereka sepatutnya marah orang yang saman mereka, bukan marah pada peguam. Peguam hanya melaksanakan tugas,” katanya kepada mStar. Nabila Huda dan Awal Ashaari menyifatkan Hafidzah sebagai gila glamor. Nurul Hafidzah diminta mengulas mengenai tindakan Nabila Huda dan Awal Ashaari yang memuat naik posting di media sosial dengan menuduh dia suka mencari publisiti. Kedua-dua artis itu turut terkait dengan kes saman yang mana Nurul Hafidzah merupakan peguam dilantik mewakili pihak plaintif bagi menyaman mereka. Awal pernah disaman oleh sebuah syarikat hiasan dalaman kerana memfitnah berhubung kerja-kerja pengubahsuaian rumah. Sementara Nabila Huda pula dikatakan menulis posting dengan menuduh seorang aktivis kemanusiaan menyalahgunakan barang-barang mangsa banjir. Nurul Hafidzah kemudian menjadi medan kutukan netizen selepas dia membela Siti Bainun berhubung penderaan terhadap Bella yang turut mendapat perhatian masyarakat. Sebenarnya bagi saya ia agak melucukan sebab saya rasa macam kiddish begitu NURUL HADFIZAH HASSAN PEGUAM Selain itu, Hafidzah yang sering menerima kecaman sejak kebelakangan ini berkata, dia tidak boleh menutup mulut orang untuk terus membencinya. Bagaimanapun, dia juga mempunyai hak dalam mempertahankan dirinya jika sesuatu tuduhan itu dilihat melampau dan keterlaluan. "Kalau mereka buat begitu supaya orang benci saya, saya tak boleh buat apa-apa... saya jadi diri sendiri saja. "Terpulang kepada mereka. Cumanya jika mereka bercakap begitu boleh timbulkan kesan lain, saya juga berhak pertahankan diri," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI