SELEPAS menjuarai program nyanyian Big Stage 2022, nama penyanyi Elica Paujin semakin dikenali dan mula menjadi sebutan netizen.
Kata Elica, dia bersyukur apabila bakatnya mula dipandang dan dihargai oleh ramai pihak.
“Memang kejayaan yang saya dapat sekarang adalah satu hal yang membanggakan.
“Sebab saya sudah start kerjaya saya dari kecil lagi dan banyak up and down saya lalui.
“Sampailah saya masuk Big Stage, segala kepayahan itu sudah terbayar. Next target saya mahu ke peringkat antarabangsa, mungkin nak jadi peserta untuk program The Voice,” katanya kepada mStar.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI