MENERIMA pelbagai kecaman selepas mengambil keputusan untuk tidak berhijab, penyanyi Yonnyboii akui berasa sedih melihat perkara itu berlaku kepada isterinya iaitu Nik Nazira.
Ujar Yonny, keputusan itu dibuat atas pilihan isterinya dan berharap orang ramai dapat menerima penampilannya itu.
“Bagi saya benda tu normal dan kita tak boleh nak hentikan orang daripada bercakap.
“Sedih memang sedih sebab saya tengok isteri saya sedih.
“Saya hanya yakinkan dia untuk kuat hadap benda ni. Kami terima sahaja,” katanya kepada mStar.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI