suria

Mujur rumah keluarga dekat, Ariff Bahran tak perlu berebut dengan isteri balik kampung… Pengalaman pertama raya sebagai suami

TERUJA bakal menjadi bapa, penyanyi Ariff Bahran memberitahu dia dan isteri sudah membuat beberapa persediaan menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

Ariff, 24, berkata dia juga teruja kerana ini tahun pertama dia meraikan hari raya Aidilfitri sebagai seorang suami.

"Doakan saya bakal jadi bapa tak lama lagi, sekarang isteri sedang hamil enam bulan.

"Tahun ni raya berdua tahun depan insya Allah bertiga pula," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Bahran berkata dia akan mengumumkan jantina bayi selepas isterinya bersalin kelak.

"Untuk jantina baby tu kita bagi suprise dulu, tapi dari segi persiapan tu dah banyak.

"Saya rujuk dengan keluarga terdekat. Apa yang saya lalui sekarang ini adalah proses pembelajaran untuk jadi seorang bapa," ujarnya.

Untuk rekod, Ariff dan isteri iaitu Amirah Syazwani, 27, selamat mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi