suria

Raya paling bermakna buat Halim Othman, bawa Myra jumpa keluarga Terengganu… Mungkin tahun terakhir bergelar ‘single daddy’

SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini berbeza dan cukup bermakna buat pengacara Halim Othman.

Ini selepas 27 tahun dia menyimpan rahsia besar mengenai perkahwinan dan cahaya mata.

Akhirnya itu semua bukan lagi rahsia, Halim meluahkan rasa syukur kerana dapat membawa anak tunggalnya iaitu Myra Natasya beraya bersama di kampung halaman di Terengganu.

“Raya saya macam biasa memang akan balik ke Kerteh kerana ada rumah keluarga dan adik-beradik.

“Tahun ni pula yang berbeza saya boleh kenalkan Myra kepada keluarga saya.

“Sebab saya menyimpan rahsia ni sangat berat kepada keluarga saya walaupun saya tahu ada hati yang terluka,”katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi