suria

Kemunculan ramai penyanyi baharu, Ramlah Ram tak pernah rasa bersaing… Syukur rezeki nyanyian tidak putus

PENYANYI Ramlah Ram meluahkan rasa syukur kerana masih menerima tawaran nyanyian.

Menurut Ramlah, 57, walaupun industri hiburan kini dipenuhi ramai wajah baharu, namun ia sama sekali tidak menyekat peluangnya untuk meneruskan karier nyanyian.

Bagi Ramlah, setiap penyanyi mempunyai keistimewaannya tersendiri.

“Buat masa ini Alhamdulillah saya masih lagi dapat peluang-peluang itu... maksud saya masih dapat peluang di TV,

“Saya bersyukur sangatlah, saya tak pernah rasa ada saingan yang baru, bagi saya setiap penyanyi itu ada keistimewaan tersendiri.

“Kita kena tahu macam mana nak mengekalkan keistimewaan pada diri kita. Di samping itu, kita berdoa dan berusaha juga,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi