suria

Baby Shima sambung kerjaya seni di Indonesia, selesaikan kerja tertangguh selepas 2 tahun pandemik

PENYANYI Baby Shima berkata dia akan terbang ke Indonesia bagi meneruskan karier seni di negara berkenaan.

Menafikan cakap-cakap kononnya dia merajuk dengan industri Malaysia, Shima memberitahu dia ke sana kerana mahu menyambung semula kerja yang tertangguh akibat sekatan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

“Selepas raya ni saya akan pindah ke Indonesia untuk teruskan kerjaya seni saya sebagai penyanyi.

“Saya pindah bukan sebab merajuk dengan industri Malaysia tapi syarikat rakaman saya ada kat sana.

“Saya harap orang tak salah sangka la dengan perpindahan saya ini,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi