suria

Dakwaan rosakkan palang pagar rumah isu kecil, Awal Ashaari jelaskan insiden dianggap lucu

PELAKON Awal Ashaari membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah kawasan perumahan pada bulan lalu.

Awal ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Selasa memberitahu ia merupakan satu insiden kecil yang tak perlu dibesarkan.

“Saya nak cerita panjang pun macam kelakar. Tapi isu dia dah jadi isu mahkamah kan. Jadi saya serahkan kepada peguam saya lah untuk tindakan lanjut.

“Benda ni kecil sangat, satu perbuatan disebabkan kenakalan. Itu je masalah dia.

“Ini rumah saya sendiri yang saya dah duduk 15 tahun lalu masa bujang dulu, tapi sekarang saya dah berpindah,” katanya kepada mStar.

Pada Selasa, Awal, 41, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada pagi Selasa.

Mengikut pertuduhan selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi