PENYANYI Mas Idayu bakal melangsungkan pernikahan dengan Penerbit Eksekutif TV3 iaitu Muhammad Sufian Che Isa, pada September ini.
Pasangan ini sudah 'diikat' dalam satu majlis menghantar tanda di kediaman Mas Idayu di Kota Tinggi, Johor pada Ahad lalu.
Dalam pada itu, Mas Idayu mendedahkan mereka berdepan ujian besar selepas majlis tersebut berlangsung."Ujian sangat kuat. Saya tak percaya ikatan sebab itu saya tak nak bertunang kerana benda-benda inilah.
"Selesai saja majlis, kami bermasam muka dan tak bercakap sehinggalah dia balik.
"Ini ujian paling besar yang kami lalui. Alhamdulillah kami dah okey semula. Dia pujuk saya semula. Ia hanya benda kecil yang tak patut berlaku," katanya kepada mStar.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI