suria

Tak sanggup buat ‘content’ mengarut di media sosial macam influencer lain, Liza Hanim enggan malukan agama dan anak-anak

SELAIN orang muda, golongan lebih berusia juga kini tidak mahu kalah menghasilkan content dan gimik sehingga mencetuskan kontroversi di media sosial.

Mengulas mengenai isu itu, penyanyi Liza Hanim yang kini dilihat aktif di media sosial mempunyai pandangan tersendiri berhubung perkara tersebut.

Kata Liza, dia memilih untuk berkongsi content yang memberikan pengajaran dan tidak meninggalkan impak negatif di kemudian hari.

“Semua tu content kan? Bagi saya semua tu adalah pilihan apa yang cuba nak disampaikan.

“Sebagai seorang influencer, kita kena mengambil kira audiens kita sebab umur berbeza-beza.

“Saya tidak mahu menghasilkan content yang tidak baik untuk orang lain. Saya ada anak-anak dan tak nak meninggalkan legasi yang sebegitu yang boleh memalukan keluarga,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi