suria

Penjaga gol Harimau Malaya terkejut viral sebab kacak… Syihan Hazmi pegang ayat ‘Kun Fayakun’, ingat pesan isteri fokus kerja

SELAIN meraikan kemenangan menewaskan Bangladesh dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, kelibat penjaga gol Syihan Hazmi turut mencuri tumpuan orang ramai.

Kata Syihan atau nama sebenarnya Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 26, dia mengetahui dirinya menjadi perbualan netizen selepas membuat kemunculan dalam perlawanan kumpulan E pada Selasa lalu.

Meskipun diusik dengan pelbagai soalan nakal netizen, Syihan berkata isterinya iaitu Siti Nabila Syakirin Mat Kashim, 27, seorang yang terbuka dan terhibur membaca komen di media sosial.

"Isteri saya dia sporting. Dia benda-benda macam ni Syihan nampak isteri lebih sporting. Dia positif, kami sangat rapat dan mesra.

"Wife saya banyak pesan dekat saya. Dia bagi ayat dekat saya Kun Fayakun. Maka jadi, jadilah," kongsinya dengan mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi