suria

Malu disakat rakan sekerja kerana bawa bekal, lelaki ini minta isteri bungkus makanan macam dekat kedai

PERKONGSIAN seorang wanita Zharra mengenai cara bungkus makanan suami sebelum ke tempat kerja mencuri perhatian netizen di laman sosial.

Namun ada juga netizen yang kurang senang dan mengecam suaminya yang dianggap malu dengan rakan sekerja kerana membawa bekal ke pejabat.

Zharra atau nama sebenar Zahratulnur, 29, berkata, dia tidak berkecil hati dengan permintaan suaminya itu.

"Saya memang dah ada kertas lunch box itu, jadi saya gunakanlah.

"Saya nak dia tetap bawa bekal. Walaupun tak kisah dalam bekas tapau atau dalam kertas. Asalkan dia bawa makanan yang saya masak itu," katanya kepada mStar.

Sementara itu, suaminya Faisal Hamzani, 29, berkata, dia tidak pernah malu sebaliknya bersyukur disediakan makanan setiap kali ke pejabat.

"Takde istilah malu sebab memang tak malu. Kalau tengok situasi, harga barang semua naik. Pagi-pagi standby bawa bekal je... duit pun jimat.

"Saya berterima kasih dan bersyukur sangat kami diberi kesempatan untuk duduk bersama.

"Setiap kali saya buka makanan, saya akan tangkap gambar dan hantar kepada wife. Saya cakap terima kasih sayang," kongsinya dengan mStar.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi