suria

Sibuk buat live sampai sejam rider kena ‘sidai’, pemuda mengaku salah tapi dah bagi tip RM10… Aksi tendang pintu bukan gimik

GARA-GARA tidak mengangkat panggilan telefon daripada seorang penghantar makanan atau rider, pemuda bernama Muhammad Khairul Shukri atau Uci menerima kecaman hebat netizen di aplikasi TikTok.

Cerita Uci, 21, rider itu menjadi lebih bengang apabila rakan kongsinya yang dikenali sebagai Ema hanya memberi tip sebanyak RM10 atas kelewatan tersebut.

“Ema ni tidak tahu apa-apa sebab Uci yang order makanan, kemudian Ema bagi tip RM10 dan rider tu marah.

“Uci rasa ini bukan salah dia dan dia memang berhak untuk marah sebab kesilapan Uci sendiri.

“Uci ajak berbincang secara baik dan nak bawa dia keluar dari pejabat sebab ada ramai staf waktu tu tapi dia dah mula tendang pintu.

“Dia turun tangga dan sepak pula rak kasut... Uci memang rasa nak ikut dia tapi dalam keadaan tu rasa takut pula,” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi