suria

Wanita bertudung minat cosplay, mahu jadi muslimah kreatif… Abai kecaman dituduh tak matang macam budak-budak

PENAMPILAN seorang pemain cosplay dikenali Nurul Aiman Salim, 26, mengenakan busana unik semasa Anime Fest 2022 baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Berkongsi cerita mengenai minatnya itu, Nurul berkata pada awalnya keluarga tidak memberikan sokongan, namun ia sama sekali tidak mematahkan semangat untuk meneruskan hobi berkenaan.

Lebih istimewa apabila dia bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang turut meminati dunia anime dan cosplay.

“Asalnya family tak setuju sebab rasa pelik la cosplay ni.

“Orang dah besar pun pakai macam budak-budak.

“Tapi saya abaikan dan buat apa saja yang saya minat sebab saya tahu ada sudut positif dalam dunia cosplay ni,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi