suria

Sedih fikir fasal anak, bimbang sukar mengandung kerana badan berisi… Wanita baru kahwin tak sangka rezeki zuriat sampai awal

BENARLAH kata orang rezeki tidak pernah salah alamat!

Meskipun pada awalnya dikatakan sukar untuk hamil kerana faktor tubuh agak berisi serta pernah mengalami kemalangan teruk, namun seorang wanita dikenali sebagai Ain berjaya membuktikan tanggapan segelintir pihak itu salah.

Cerita Ain atau Noorain Ishak, 24, dia sendiri tidak sangka dirinya hamil kerana sudah beberapa kali membuat ujian kehamilan.

“Awal nikah tu hari-hari check tapi tiada... nak dekat sebulan lebih tak check sebab Ain dah rasa down bila dulu Ain check tak dapat tiada rezeki.

”Lepastu Ain peliklah kenapa Ain tiada selera nak makan nasi Ain tengok nasi tu pun geli, ramai kawan-kawan Ain cakap cuba buat ujian kehamilan.

“Bila Ain buat pregnancy test tengok-tengok double line,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Ain bernikah dengan suaminya Mohd Tazlan Mohd Amri, 25, pada 20 Ogos 2021.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi