suria

Basah lencun gara-gara penghawa dingin pesawat ‘delay’ rosak… Sampai ada penumpang pengsan, menangis buka baju

SEJAM menunggu di dalam sebuah pesawat tanpa penghawa dingin membuatkan para penumpang ‘naik angin’.

Cerita Muhammad Nazri Mohd Shah atau lebih dikenali sebagai Babah, 27, menunggu penerbangan berikutnya dalam kapal terbang yang panas membuatkan penumpang mula rasa tidak selesa sehinggakan ada yang hampir pengsan kerana semput.

“Duduk macam biasa lepas itu makin lama makin drag lama masa tu kita pun dah rasa lain dah... budak-budak pun dah menangis.

“Ada abang tu pun dah start nak semput dan buka baju terasa nak pengsan lepas daripada tu dah ramai yang provoke.

“Memanglah prosedur, prosedur mereka kena ikut step by step tapi dalam keadaan macam ini kita fikir takkan lama sangat nak dapatkan maklumat (bantuan)” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah itu sepatutnya berlepas pada pukul 10:30 pagi, namun terpaksa ditunda dan menunggu pertukaran kapal terbang lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi