AKSI seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dikenali sebagai Hasya Humaira menunjukkan kemahiran memasak di dapur mencuit hati netizen.
Menurut ibunya iaitu Raja Hasnida, dia tidak menyangka perkongsian video anak perempuannya memasak itu meraih perhatian dan tontonan tinggi di TikTok.
“Awalnya saya cuma berkongsi video anak saya masak, tapi ramai yang suka dan minta buatkan banyak lagi video.
“Hasya ni baru dua tahun tapi senang sikit nak ajar.
“Tapi saya hanya ajar dia resepi yang senang sikit nak buat dan tak menggunakan peralatan yang tak bahaya,” katanya kepada mStar.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!