suria

Suami buat hal! Ajak isteri main teka-teki ketika sakit contraction, netizen pula tumpang geram... Mana dapat idea kelakar tu?

KETIKA isteri sedang menahan kesakitan semasa kontraksi, lelaki ini menggunakan idea kreatif untuk menenangkan pasangannya itu.

Menurut Muhammad Hairi Hussain, 32, perkara tersebut terlintas di fikiran kerana mahu mengalihkan rasa sakit yang dialami isteri tersayang.

“Dalam tempoh menunggu selama 31 jam tu memang saya ajar dia berselawat dan berzikir. Tapi tempoh itu terlalu lama.

“Jadi saya Google, lepas tu ada terbaca satu teka-teki ni, saya sendiri pun terhibur kerana tak pernah dengar.

So pergi cakap dengan wife nak bagi dia teka-teki, lepas tu tiba-tiba berlaku contraction. Tapi tak apa, saya ajak dia jawab teka-teki dulu,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod isteri Hairi selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pukul 5.36 petang, Selasa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi