suria

Mengalir air mata tengok cikgu redah ‘off road’ naik motosikal kapcai, keluar masuk belantara tabur bakti didik pelajar pedalaman

DEMI menyampaikan ilmu kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan Balar, Gua Musang, cikgu Mohd Halim Mohamad Zaid dan rakan-rakannya sanggup meredah hutan untuk ke sana setiap minggu.

Cerita Mohd Halim atau dikenali sebagai Ben, 43, cabaran untuk ke sekolah tersebut berbeza setiap minggu bergantung kepada keadaan cuaca.

“Masa mula-mula dulu saya rasa penat, sekarang kalau setakat lima hingga enam jam tu rasa macam biasa.

“Jika dulu drive dari Kota Bharu ke Gua Musang pun dah terasa jauh, tapi kini perjalanan selama tiga jam tu rasa sekejap je.

“Itu belum masuk dalam hutan lagi, kalau setakat perjalanan dalam hutan selama lima ke enam jam tu dah biasa,,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Ben yang dipindahkan dari Klang, Selangor mula mengajar di SK Balar pada Januari 2021.

Dia yang menyewa di Kota Bharu akan masuk ke kawasan pedalaman berkenaan setiap minggu.

Perkongsian Ben menaiki motosikal melalui laluan ‘off road’ di TikTok menjentik hati netizen kerana sanggup meredah belantara demi mengajar murid di kawasan pedalaman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Cikgu Ben, sekolah pedalaman


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi