suria

Lapan jam bayi 4 bulan tak kencing dalam diapers, ibu ingat masalah kembung perut... Rupa-rupanya petanda kanser Neoroblastoma

LULUH hati ibu apabila anak yang dilahirkan sihat dan normal akhirnya disahkan menghidap kanser Neuroblastoma pada usia tiga bulan kelahiran.

Cerita Puteri Nur Zulaikha Asma Wizan atau Iykaa, 24, penyakit itu mula dikesan apabila bayinya didapati tidak kecing atau berak di dalam lampin untuk tempoh kira-kira lapan jam.

“Mula-mula ingatkan dia ada masalah kembung perut biasa, tapi pemeriksaan awal di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akhirnya temui ada ketumbuhan.

“Akhirnya doktor sahkan dia menghidap kanser Neuroblastoma,” katanya kepada mStar.

Ujar Iykaa, dia juga terpaksa berhenti bekerja demi memberi fokus kepada penjagaan kesihatan anaknya itu.

“Saya baru mula bekerja sebagai model dengan satu agensi.

“Sekarang saya tak boleh nak fokus sebab kesihatan anak saya lagi penting buat masa ini. Anak saya ambil masa setahun untuk recover,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi