suria

Kifarah itu benar, jangan main-main jadi OKU... Ras Adiba cadang Kak Long 7E cuba naik kerusi roda untuk satu hari

PENGISIAN kandungan media sosial dengan berlakon menjadi orang kelainan upaya (OKU) menggambarkan masyarakat hari ini sudah mula melupakan soal adab.

Menurut Ras Adiba Mohd Radzi, 54,jika ia berterusan ia merupakan sesuatu yang menakutkan.

“Ini sebenarnya adalah sesuatu yang begitu menakutkan kerana kita mula lupa tentang adab.

“Apa yang harus kita lakukan adalah untuk duduk, bernafas dan lihat keadaan di sekeliling kita dan memerhatikan bahawa ada ramai orang yang mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.

“Jadi kita tidak boleh ambil mudah kerana setiap daripada kita suatu hari nanti akan menjadi OKU cuma waktu saja akan menentukan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Ras Adiba yang juga Senator Dewan Negara mewakili OKU baharu saja menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Women of Excellence Awards 2021/2022 yang berlangsung baru-baru ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi