suria

Mula-mula tak perasan TokTi pakai telekung, niat nak rakam video Aafiyah di ATM… Akui terlalu teruja sampai lupa privasi

TINDAKAN seorang wanita berkongsi video teruja dapat berjumpa dengan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengundang rasa kurang senang netizen.

Menerusi aplikasi TikTok, pengguna akaun Yana Othman memuat naik video kakaknya teruja dapat bertemu Siti dan anaknya iaitu Siti Aafiyah semasa berada di mesin pengeluaran wang (ATM), baru-baru ini.

Namun, tindakan wanita berkenaan merakam video ketika Siti sedang mengeluarkan duit menerima kecaman netizen kerana dilihat menganggu privasi penyanyi berkenaan.

“Kisahnya kakak saya nak keluarkan duit kat ATM, mula-mula tak perasan itu TokTi. Tapi bila nampak Afiyah baru perasan, tak ada niat pun nak ganggu privasi.

“Hanya sekadar berkongsi momen berjumpa dengan Tok Ti dan kami sedar ada benda yang semua kita boleh kongsi,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yana yang mewakili kakaknya memohon maaf jika video dikongsi dan tindakan kakaknya itu mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi