TIDAK semua kanak-kanak dilahirkan dalam keluarga yang bahagia, serba cukup dan menjalani hidup seperti biasa seperti yang diharapkan mereka.
Kehidupan kanak-kanak di Semporna, Sabah yang tidak mempunyai kerakyatan menjadi satu isu masyarakat yang dilihat semakin teruk sehinggakan ramai dalam kalangan kanak-kanak terperangkap dengan masalah sosial seperti menghidu gam.
Justeru itu, aktivis yang juga Koordinator Borneo Komrad, Mukmin Nantang berkata, Sekolah Pemulihan Gam diwujudkan bagi membantu kanak-kanak 'stateless' bersekolah dan memberi kesedaran supaya tidak terjebak dengan aktiviti menghidu gam.
"Sebenarnya sekolah alternatif ini saya dah buat lama sejak tahun 2016.
"Di Sabah kita lihat banyak kanak-kanak yang terpinggir daripada pendidikan disebabkan tiada dokumen yang sah dan hidup dalam keadaan serba kekurangan.
"Jadi inisiatif sekolah ini adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak ini mendapat pelajaran dan elak terjebak masalah gejala isap gam," katanya kepada mStar.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI