suria

Wanita ini terkejut beli beg ‘preloved’ dari pengasas produk, siap dapat free buku jampi… Tiada niat buka aib arwah

PERKONGSIAN video seorang wanita mendakwa menemui sebuah buku bertulisan pelik dipercayai mantera dan jampi menjadi tular di aplikasi TikTok.

Cerita wanita bernama Haslina Hashim atau lebih mesra disapa Nina, 40, dia terkejut buku dipenuhi ayat tidak difahami itu dijumpai dalam beg terpakai yang dibeli daripada salah seorang pengasas produk beberapa tahun lalu.

"Saya jarang pakai beg tu, kebetulan masa saya nak pakai tu saya kemaslah barang untuk dialihkan ke beg yang lain.

"Jadi bila saya kemas tu saya pelik apa benda ni? Saya bukalah saya ingatkan mungkin buku-buku nota dia.

"Apabila saya buka buku tu saya jadi macam seram, kenapa bahasa pelik-pelik ni," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Nina membeli beg berkenaan daripada adik kepada seorang usahawan kosmetik yang sudah meninggal dunia.

Namun dia tidak mendedahkan identiti untuk menjaga aib.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi