suria

Lama pasang impian, akhirnya budak 9 tahun hadiahkan ibu cincin emas… Tapi tak syok ada netizen bandingkan dengan Kak Long 7E

RAKAMAN video mengisahkan seorang kanak-kanak menghadiahkan ibunya sebentuk cincin emas tular di media sosial, baru-baru ini.

Kanak-kanak lelaki bernama Adam Shah itu dipuji kerana bermurah hati membelikan ibunya aksesori berkenaan.

Difahamkan, Adam menggunakan wang hasil membantu ibunya menjalankan perniagaan inai sepanjang bulan Ramadan.

Berkongsi cerita itu, ibunya dikenali sebagai Yana berkata dia tidak menyangka Adam bermurah hati membelikan cincin emas bernilai RM1,500 itu.

"Sebenarnya nak kata ajar tu tak, tapi bila dah berniaga saya jenis yang tak reti simpan duit.

"Jadi bila mula meniaga bulan puasa ada la hasil sikit dan nak beli emas.

"Mungkin sebab dia nampak mama dia ni nak beli emas... dia pun pernah cakap nak belikan saya cincin emas tahun lalu," katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi