suria

Curiga tengok budak 7 tahun menangis sambil didukung… Lelaki ini berani tegur selamatkan dari cubaan culik

TINDAKAN berani seorang lelaki menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun daripada cubaan culik menerima pujian netizen di media sosial.

Bercerita kepada mStar, lelaki bernama Mohd Zuwairi Aziz, 39, memberitahu dia kebetulan melalui kawasan berkenaan mencurigai tindakan individu berkenaan bersama kanak-kanak itu.

“Saya pada awalnya nak pergi ambil telefon yang sedang dibaiki di kedai. Saya ternampak seorang lelaki dukung seorang kanak-kanak.

“Kanak-kanak tu menangis, saya rasa curiga jadi saya tanya lelaki tersebut ini anak siapa? Tapi dia tak dapat jawab.

“Nasib ada orang ramai pakat sekali nak tahan lelaki tu,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, pada Rabu polis mengesahkan lelaki yang didakwa cuba menculik seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun itumengalami masalah psikiatri.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kanak-kanak lelaki itu berjalan dari Sekolah Agama (SA) Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor dan suspek mempelawa mangsa menumpang motosikal untuk dihantar ke rumah mangsa.

Mangsa kemudian cuba dilarikan lelaki itu di hadapan restoran makanan segera di Taman Kota Masai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi