suria

Cemas tengok tangan penumpang dah penuh darah, saksi cerita semula detik tingkap feri pecah… Mujur tergerak hati nak tukar ‘seat’

DETIK cemas yang dialami oleh penumpang feri dari jeti Langkawi, Kedah ke Kuala Perlis dikongsi oleh seorang wanita menerusi aplikasi TikTok menjadi tular di media sosial.

Menerusi perkongsian itu wanita bernama Siti Noor Aishah Saleh, 37, dia menyaksikan sendiri seorang penumpang cedera akibat terkena serpihan cermin tingkap feri ketika pengangkutan itu ditunda ke sebuah jeti akibat kerosakan.

Kata Siti Noor Aishah atau Eisya, dia bersyukur kerana sempat bertukar tempat duduk dengan penumpang yang lain sebelum feri itu memulakan perjalanan.

Ceritanya, feri dinaiki mereka rosak di tengah laut dan semasa feri penunda datang untuk memberi bantuan, kejadian tidak dijangka berlaku apabila cermin feri tersebut pecah dipercayai terkena objek yang tidak dapat dikenal pasti.

"Saya perasan ada kru kapal sebelah sana pegang tali, tak tahu sama ada tali itu baling terkena cermin atau bucu feri itu.

"Tiba-tiba ada lelaki bangun, berdarah habis satu badan. Maksudnya dia terkena serpihan kaca.

"Lelaki itu pun mungkin blur. Saya cakap jangan ramai-ramai berdiri, minta kosongkan bahagian tengah," katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi