suria

Setahun berlalu tapi wanita ini masih trauma terkenang dipukul suami, semuanya gara-gara curang guna ‘dating apps’

GARA-GARA membongkar kegiatan curang bekas suami melalui laman sembang atau ‘dating apps’, seorang wanita mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga pada tahun lalu.

Meskipun sudah setahun berlalu, wanita dikenali sebagai Bella memberitahu dia masih terkenangkan kejadian hitam dikasari oleh bekas suaminya itu.

“Mula-mula kita orang bergaduh sebab dia hantar gambar tak senonoh dekat perempuan. Malam tu rasa macam mimpi kenapa nak check telefon dia.

“Bila saya buka (telefon) memang sebiji sama macam mimpi. Banyak sangat dating apps dia, ada empat lima macam tu. Bila dah kantoi, seminggu saya diam sahaja dan hanya menangis sahaja.

“Saya nak tuntut balik keadilan, sampai sekarang saya masih teringat dan menangis bia ingatkan balik kes ini. Ada beberapa agensi hubungi saya dan membantu,” katanya kepada mStar.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi