suria

Kulit sensitif mudah naik bintat jika disentuh, gadis ini syak ada kaitan misteri bawah pokok ciku… Orang kata kena ‘ludah jin’

MASALAH kulit yang dihidapi seseorang ada kalanya membuatkan kita hilang keyakinan diri dan menjejaskan penampilan.

Situasi ini turut dilalui oleh seorang wanita bernama Nur Fatihah Najwa Mohd Hadapi, 19, yang memberitahu kulitnya mudah naik bintat dan bengkak pada bahagian yang terkena objek keras.

Meskipun begitu, Fatihah berkata dia tidak berasa sakit berdepan masalah kulit alergi berkenaan.

Malah doktor juga tidak mengenal pasti punca penyakit tersebut.

Dalam pada itu, Fatihah memberitahu kulitnya mula sensitif sejak dia berusia tujuh tahun dipercayai berkait dengan kejadian misteri.

"Waktu itu saya main di bawah pokok ciku, selepas main saya pun mandi.

"Selepas mandi ada bintik-biktik naik di badan saya. Mula-mula sikit je tapi lama-lama makin banyak.

"Satu badan jadi selepas itu kena warded. Doktor pun tak tahu sakit apa, tapi dari segi perubatan Islam dia kata macam kena ludah jin," katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi