suria

“Empat tahun dah bersedih, sampai bila nak sakitkan mental?” - Puteri Sarah

SELEPAS isu rumah tangga pengarah Syamsul Yusof semakin panas dan masih menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen, isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana pula tampil memberi respon berhubung perkara itu.

Ujar Sarah, dia tahu ada spekulasi mengatakan Syamsul telah bertunang dan berkahwin dengan Ira Kazar namun dia memilih untuk tidak ambil pusing tentang perkara itu.

Selepas empat tahun berdiam berdepan ujian tersebut, Sarah berkata dia kini sudah ikhlas dengan apa yang berlaku dan berharap suaminya berlaku adil dan tidak lupakan tanggungjawab sebagai bapa terhadap anaknya.

"Selepas empat tahun benda ni berlaku terhadap saya, saya dah lalui banyak ujian dan kecaman. Saya memilih untuk berdiam diri.

"Tapi sampai bila saya nak terus berdiam dan biarkan mental saya sakit. Saya tak nak anak-anak saya nampak saya dalam keadaan macam tu nanti akan menjejaskan mereka.

"Kena ikhlas dengan apa berlaku, saya kena teruskan hidup macam biasa. Fokus kepada kerjaya dan anak-anak serta keluarga," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi