TINDAKAN segelintir pelajar yang berbangga berkongsi keputusan kurang cemerlang yang diperolehi mereka dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ada yang berpendapat tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana mereka seolah-olah berbangga dengan pencapaian tidak memuaskan itu.
Tampil mengulas mengenai trend tayang keputusan SPM itu, pakar motivasi bebas iaitu Khairul memberikan pandangan berhubung hal berkenaan.
"Satunya terjadi disebabkan media sosial. Kita tak mampu nak kawal pelajar untuk bermain media sosial.
"Influencer memberikan sokongan di media sosial yang memberikan galakan kepada pelajar dan menyebabkan pelajar wujud kepercayaan kepada influencer.
"SPM diperlukan dalam meneruskan perjalanan. Sekarang attack pemikiran sampai pelajar hilang rasa untuk belajar," katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!