suria

“Kurang ajar! Kalau anak aku dah rejam” - Ogy bengang pelawak jadikan agama bahan komedi

PELAKON dan pengarah Fauziah Ahmad Daud berang dengan tindakan pelawak mempersendakan agama Islam dan menjadikan bahan jenaka.

Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa Ogy, 60 menyifatkan pelawak berkenaan kurang ajar serta biadab kerana tidak menjaga sensitiviti agama.

“Ya saya ada lihat video itu dan bersuara kerana merasa sangat marah, kita bercakap mengenai agama dan bangsa.

“Kenapa perlu menyentuh isu-isu seperti ini... kerana seorang pelawak yang berintelektual tidak perlu menyentuh isu sensiviti untuk membuat orang ketawa.

“Banyak lagi perkara yang berlaku dihadapan kita yang realiti boleh dijadikan bahan jenaka serta mendidik penonton.

“Saya tidak boleh terima sebab dia kurang ajar sangat dan tidak takut kalau ada artis lain tidak setuju dengan saya, kelab itu patut ditutup,” kata Fauziah Ahmad Daud kepada mStar.

Sebelum ini tular video seorang wanita melakukan stand up comedy di sebuah kelab komedi yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi