suria

Shiha Zikir pegang ayat ‘I don't care’ untuk terus kuat, imbau momen pernah anxiety teruk sampai takut jumpa orang

PENYANYI Shiha Zikir mendedahkan bahawa dia pernah mengalami anxiety teruk sehingga takut mahu keluar rumah.

Cerita Shiha atau nama sebenar Nurshiha Mohd Zikir, 35, dahulunya dia seorang yang periang namun pernah mengalami pengalaman dihalau dari studio dan menerima kritikan yang teruk membuatkan dirinya menjadi introvert.

“Banyak benda saya dah lalui, pernah dihalau balik daripada studio, pernah orang cakap bukan-bukan dekat saya.

“Dulu saya very happy go lucky person tapi pernah kena anxiety teruk sampaikan saya tak berminat sangat nak keluar jumpa-jumpa orang sebab rasa takut.

“Saya dah jadi introvert nak cakap dengan orang pun takut-takut, datang mana-mana pun diam-diam sahaja, dah tak seperti dulu tapi bila saya sedar perkara ni saya kena bangkit,” katanya kepada mStar.

Untul rekod Shiha telah memenangi anugerah Top Top Meletop Wanita 2021 dalam Anugerah MeleTOP Era pada Mei lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi