suria

Status pendakwah dipertikai gara-gara video dengan Anna Jobling, Da’i Syed tahu batas hukum... Sekadar ‘content’ promosi drama

NAMA Da’i Syed kembali menjadi sebutan dalam kalangan pengguna media sosial gara-gara video bersama dengan pelakon Anna Jobling yang dimuat naik di aplikasi Tiktok.

Dalam video berdurasi lapan saat itu, Syed dan Anna dilihat duduk dalam posisi yang sangat rapat dan dikatakan tidak menjaga sensitiviti dan mencalar imejnya sebagai seorang pendakwah.

“Itu masing-masing punya pendapat peribadi untuk komen kepada saya kerana tidak boleh menutup mulut orang.

“Yang saya rasa dan yakin dengan apa yang saya buat sekarang ini tidak melebihi hukum atau perkara yang menimbulkan sensitiviti orang.

“Jadi saya rasa tiada masalah cumanya tanggapan orang mungkin disebabkan filter, kamera dan posisi kedudukan tersebut telah menimbulkan spekulasi netizen,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi